JAKARTA: Kerajaan Indonesia dikatakan telah menemukan pengganti kapal selam KRI Nanggala-402 berkubur di laut Bali pada kedalaman 838 meter bersama 53 anak kapalnya minggu lalu.
Menteri Pertahanan republik itu, Prabowo Subianto dikhabarkan akan membeli kapal selam kelas Riachuelo sebagai pengganti.
Sebelum ini Prabowo dikatakan akan membeli kapal selam jenis Scorpene yang dibina oleh syarikat Perancis, DCNS Naval Group.
Selain kapal selam kelas Scorpene tersebut, Prabowo juga merisik kapal selam buatan Jerman U-214 untuk menggantikan KRI Nanggala-402.
Scorpene adalah kapal selam kelas penyerang kelas diesel elektrik yang dilengkapi dengan propelar diesel dan propelar udara-bebas tambahan (AIP).
Kapal selam Scorpene terdiri daripada empat varian iaitu CM-2000 ( kapal selam lektrik diesel konvensional 61,7 meter) AM-2000 (70 meter), CA-2000, dan S-BR (75 meter).
Pada Desember 2020, media melaporkan bahawa Indonesia sedang dalam pembincangan dengan Naval Group untuk varian kapal selam kelas Riachuelo.
“Pejabat dari kementerian pertahanan Indonesia sedang berbincang dengan konsortium yang dipimpin oleh pembuat kapal Perancis Naval Group untuk kemungkinan pesanan kapal selam kelas Riachuelo (Scorpene yang diubah suai),” demikian menurut laporan tersebut.
Kapal selam Riachuelo adalah kapal selam dari kelas Scropene yang sudah diubah suai..