Idris, bekas pengawal peribadi Tun Razak kembali ke rahmatullah - Utusan Malaysia

Idris, bekas pengawal peribadi Tun Razak kembali ke rahmatullah

BERITA kematian Idris Shaari Mat Aris yang dikongsi Najib Tun Rzak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Idris Shaari Mat Aris, bekas Setiausaha Sulit kepada Allahyarham Tun Rahah Mohammad Noah meninggal dunia akibat dijangkiti virus Covid-19 di Sungai Buloh dekat sini malam tadi.

Allahyarham berusia 78 tahun.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak Hussein sejak 1965 menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 malam.

“Takziah kepada ahli-ahli keluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” kata Najib dalam Facebook miliknya.

Idris yang pernah menjadi Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru cukup rapat dengan keluarga Najib dan mempunyai pelbagai kenangan dengan bekas Perdana Menteri keenam itu semasa tempoh awal pembabitannya dalam politik.

Dalam satu temubual dengan Utusan Malaysia pada Februari 2016, Idris menceritakan antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika mendengar ucapan Najib dalam majlis rasmi pertamanya sebagai Ahli Parlimen Pekan pada 1976.

“Mana tidaknya, itulah pertama kali saya mendengar Najib berucap dalam bahasa Melayu yang tidak begitu fasih berikutan terlalu lama tinggal di England kerana melanjutkan pengajian.

“Saya masih ingat, dia (Najib) masa itu berumur 23 tahun, berucap dalam majlis perasmian mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

“Mula-mula dia berucap saya sudah rasa malu. Saya terus lari masuk ke dalam kereta kerana tidak sanggup dengar,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun, kata Idris, Najib tahu kelemahannya itu dan mula belajar bahasa Melayu dengan seorang pensyarah universiti.

“Alhamdulillah, Najib akhirnya dapat mengatasi masalah tersebut termasuk mampu membaca tulisan jawi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya