Ibu Pejabat, Cawangan KL SKM ditutup dua hari - Utusan Malaysia

Ibu Pejabat, Cawangan KL SKM ditutup dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai yang mempunyai urusan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dinasihatkan tidak hadir ke ibu pejabat di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sebaliknya, sebarang urusan dengan SKM di sana perlu dilakukan secara dalam talian berikutan penutupan Ibu Pejabat SKM dan Cawangan Wilayah Persekutuan dekat Menara SKM di Changkat Semantan, selama dua hari bagi melaksanakan proses sanitasi.

Justeru, SKM menasihatkan supaya sebarang urusan dilakukan secara dalam talian melalui Sistem Aplikasi Atas Talian (https://apponline.skm.gov.my) atau Sistem INFOKOP SKM (https://infokop.skm.gov.my).

Selain itu, orang ramai yang mempunyai urusan kerjaya di SKM boleh dibuat melalui Sistem Ekerjaya dan Pengurusan Sumber (https://ekerjaya.skm.gov.my), sementara kakitangan pula perlu mengakses e-mel melalui Emel SKM (OWA) (https://webmail.skm.gov.my/owa).

Bagaimanapun, SKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Suruhanjaya Koperasi melalui aplikasi Whatsapp Hotline SKM di talian 019-2445339 atau emel [email protected] untuk penjelasan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya