'Hendak tamat, tamatkanlah. Apa masalahnya?' - Utusan Malaysia

‘Hendak tamat, tamatkanlah. Apa masalahnya?’

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak kisah dengan berita penamatan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Memetik laporan Malay Mail, Tajuddin menjelaskan, beliau belum menerima surat penamatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana itu yang ditandatangani Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Belum lagi, kalau mahu tamatkan, tamatkanlah. Apa isunya? Apa masalahnya? Jika mahu tamat, tamatkanlah. Terima kasihlah, saya boleh buat kerja lain,” katanya.

Perkhidmatan Tajuddin dalam Prasarana ditamatkan serta-merta susulan ekoran satu surat penamatan perkhidmatan yang ditandatangani Tengku Zafrul yang tersebar dalam media sosial.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dilantik ke jawatan tersebut pada 11 Mei tahun lalu menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Semalam, Tajuddin dikritik kerana tidak serius di dalam mengendalikan sidang akhbar berhubung kejadian itu dan berseloroh mengenai pelanggaran itu antaranya mengatakan tren berkenaan ‘bercium’ sesama sendiri.

Selain itu, beliau akan dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung rakaman video menunjukan beliau tidak memakai pelitup muka yang tular dalam media sosial, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya