Sejujurnya Poklip memang jarang menonton drama di layar kaca. Paling tidak, selepas heboh diperkatakan, Poklip akan curi masa dan layan drama-drama bualan ramai ini menerusi pelbagai saluran. Bukan haram punya tau!
Baru-baru ini, ramai rakan-rakan mahu Poklip layan drama Cukup Derita Itu. Lakonan Ruhainies, Chacha Maembong dan Jasmin Hamid. Katanya boleh buat darah mengalir laju dan jantung berdegup kencang! Betul ke?
Jadi Poklip pun cuba layan satu episod. Sekali lekat dik! Geram sungguh Poklip dengan watak Mak Ngah yang dilakonkan cukup baik oleh Jasmin Hamid. Eh jahat tak dibuat-buat ek! Memang kejam Mak Ngah itu.
Tapi Poklip tahu, Kak Jasmin tak sebegitu pun. Pernah juga Poklip mengadakan sesi fotografi bersama pelakon hebat itu, dia memang cukup santun. Tak ada nak berangan diva tau.
Tapi Poklip betul-betul tabik spring dengan Ruhainies. Poklip sendiri tak boleh bayangkan bagaimana dia rileks sahaja dipijak, ditendang dan digasak-gasak macam binatang dalam drama itu.
Garu kepala Poklip memikirkan bagaimana dia menahan sakit. Sebab kita semua sedia tahu, kalau berlakon acah-acah dipukul, memang impaknya terhadap penonton pun acah-acah sakit. Tapi kalau kita naik geram, kira menjadilah.
Ruhainies pun pernah berkongsi bagaimana dia pulang ke rumah dengan badan penuh lebam. Yalah, bayangkan kepala dia kena pijak macam itu je dengan Mak Ngah. Tak ke lebam kepala dan muka budak itu.
Dari segi lakonan, Poklip memang puji. Hebat dan meyakinkan. Tak ada lah orang nak cakap Ruhainies ini jual muka cantik je kan? Asal watak gadis kaya, manja bagi dia. Eh maaf, dia boleh lah watak berat!
Cuma Poklip mahu penerbit atau produser buka lebih lagi peluang kepada ramai pelakon di luar sana. Kadang-kadang ada sahaja yang berbakat besar tetapi peluang sekadar drama perebutan Megah Holdings!
Malah, sajikan penonton dengan drama yang mengangkat wanita. Ini asal perempuan, disiksa, hadap cinta lelaki. Banyak sahaja kisah kejayaan wanita di luar sana. Jangan ingat asal perempuan, watak kena sedih hidup melara. Bosan!