Hatrik Torres tumbangkan Newcastle - Utusan Malaysia

Hatrik Torres tumbangkan Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Ferran Torres mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sergio Aguero selaku penggempur utama Manchester City musim depan selepas penyerang Sepanyol itu meledak hatrik ketika menewaskan Newcastle 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Biarpun sudah mengesahkan kejuaraan awal dan hanya menurunkan barisan kedua, namun anak-anak buah Pep Guardiola masih bernafsu untuk memburu kemenangan di St. James’ Park.

Torres yang sudah meledak 13 gol pada musim pertama di England kini menjadi pilihan untuk merebut tempat dalam kesebelasan City apabila menentang Chelsea pada di final Liga Juara-Juara di Porto, 29 Mei ini.

Pemain berusia 21 tahun itu yang turut meledak hatrik buat Sepanyol ketika berdepan Jerman, November lalu dibeli oleh City pada Ogos selepas persembahan baik selaku sayap di Valencia.

Ketika Aguero, penjaring sepanjang zaman skuad The Citizens bakal meninggalkan kelab pada penamat musim, Guardiola membayangkan kemampuan Torres untuk memenuhi ruang ditinggalkan penyerang Argentina itu.

“Ini musim pertamanya di England dan jumlah gol yang dihasilkan sangat hebat. Apabila dia bermain, dia sentiasa mencari gol.

“Ini kekuatan penyerang, untuk mengetahui di mana bola tiba sesaat sebelum itu,” kata Guardiola.

Dalam aksi hari ini, City menguasai awal permainan namun ketinggalan pada minit ke-25 apabila Emil Krafth menyudahkan hantaran sudut Matt Ritchie.

Pasukan pelawat menukar permainan bersama dua gol dalam tiga minit apabila sepakan Joao Cancelo menerjah penjuru sebelum Torres menemui gawang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya