KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli, 23, membuat kejutan dengan mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama suri hati pilihan hatinya.
Perkongsian dibuat sekitar pukul 2 pagi menerusi sesi siaran langsung di akaun Instagram (IG Live) miliknya.
“Saya tak tahu macam mana dapat kekuatan untuk berkongsi fasal mendirikan masjid ini. Tapi…saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.
“Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai majlis yang bakal berlangsung tapi hujung tahun ini. Saya pun sudah menghadiri kursus kahwin tahun lalu,” katanya.
Menariknya, perkongsian tersebut menerima ‘restu’ oleh peminat penyanyi lagu Mimpi itu.
“Kami akan senantiasa menyokong Haqiem. Saya terlalu gembira dengan kenyataan ini. Terima kasih Qiemilio, saya betul-betul gembira,” ciapan Haqiem di Twitter.
Tinjauan Utusan Malaysia pada ruangan komen Twitter, majoriti sakan melayangkan tanda sokongan selain ucapan dan doa yang baik-baik buat Haqiem.