GAZA: Kumpulan pejuang Palestin Hamas mengesahkan bahawa beberapa komander utamanya terbunuh dalam serangan Israel, termasuk ketua tenteranya di Kota Gaza.
Israel mendakwa telah membunuh 16 tokoh Hamas, termasuk seorang komander kanan dan pakar senjata, dalam serangan udara ke atas pos komando pejuang Islam Palestin di Semenanjung Gaza pada hari Rabu, kata perkhidmatan keselamatan Israel Shin Bet.
Menurut Shin Bet, yang terbunuh dalam serangan itu termasuk Bassim Issa, komander brigade veteran Hamas veteran untuk Gaza, ketua teknologi siber dan peluru berpandu Hamas, Jomaa Tahla dan 13 anggota kakitangan pembuatan senjata.
Bassem Issa adalah tokoh tentera tertinggi di Hamas yang dibunuh oleh Israel sejak perang 2014 di Gaza.
Dalam satu pernyataan, sayap bersenjata Hamas mengatakan Issa terbunuh “bersama dengan beberapa saudara saudaranya pemimpin dan pejuang suci” dalam pertempuran selama dua hari di Gaza itu.
Beberapa siri pertempuran ganas di Baitulmaqdis Timur telah mencetuskan pertempuran paling sengit dalam tempoh beberapa tahun antara Israel dan pejunag Palestin di Semenanjung Gaza.