JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter menggegarkan wilayah Sumatera Barat pada sekitar tengah malam tadi, kata agensi meteorologi dan geofizik di sini.
Gegaran berlaku pukul 12. 46 tengah malam tadi waktu Jakarta dengan pusat gempa di 35 km tenggara desa Tuapejat di daerah kepulauan Mentawai dan kedalaman 29km di dasar laut.
Badan itu tidak mengeluarkan amaran tsunami kerana gempa itu tidak berpotensi untuk tsunami.