Enam wanita antara 16 ditahan terbabit judi loteri, online 

Enam wanita antara 16 ditahan terbabit judi loteri, online 

SEBAHAGIAN wang tunai dan peralatan yang dirampas daripada sindiket judi loteri awam haram dan judi online dalam operasi polis SPU di sekitar Butterworth, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai enam wanita antara 16 individu yang ditahan polis di sekitar daerah ini kerana disyaki terbabit dengan aktiviti perjudian haram. 

Kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 60 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) yang menyerbu 16 premis judi haram dalam operasi selama dua hari berakhir semalam. 

Operasi itu yang disertai 59 anggota dan pegawai jabatan berkenaan melibatkan premis di Butterworth, Mak Mandin, Tasek Gelugor, Telok Ayer Tawar dan Kepala Batas. 

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua suspek yang ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram tanpa lesen dan perjudian dalam talian (online). 

Jelas beliau, dalam operasi itu polis turut merampas beberapa peralatan seperti alat tulis, slip kertas tertera angka-angka disyaki berkaitan judi loteri awam haram, alat pencetak, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai 

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4A(A) dan Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu Noorzainy meminta orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat bagi membanteras kegiatan perjudian haram menerusi sistem Volunteer Smartphone Control (VSP) atau menghubungi talian 04-576 2222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya