Enam terbunuh dalam protes anti-Junta di Chad - Utusan Malaysia

Enam terbunuh dalam protes anti-Junta di Chad

SEORANG wanita berjalan melepasi gerai jalanan di N'djema, Chad., Negara itu kini kucar-kacir ekoran kematian mengejut pemimpin veterannya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

N’DJAMENAChad: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh ketika protes terhadap junta tentera baharu di Chad, apabila kepimpinan negara diambil alih oleh jeneral tentera ekoran kematian mengejut pemimpin veteran Idriss Deby Itno.

Anak lelaki Deby, 37, Mahamat, yang mengetuai Majlis Ketenteraan Peralihan (TMC), berjanji mengadakan “dialog nasional inklusif” setelah berlaku tunjuk perasaan ganas di ibu negara N’Djamena dan selatan Chad.

Kerajaan mengatakan sekurang-kurangnya enam orang mati dalam tunjuk perasaan itu tetapi sebuah NGO tempatan melaporkan sembilan kematian – tujuh di ibu negara dan dua di selatan.

Polis dikerahkan di N’Djamena untuk mengawal demonstrasi yang didalangi oleh kumpulan pembangkang dan masyarakat awam.

Mereka menggunakan gas pemedih mata di ibu negara untuk membubarkan sekumpulan kecil penunjuk perasaan, ada di antaranya membakar tayar.

Seorang wanita maut ketika penunjuk perasaan antijunta menyerang sebuah bas di daerah Dembe di N’Djamena, kata pendakwa raya Youssouf Tom kepada AFP.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki maut dalam tunjuk perasaan di bandar Mondou selatan, kira-kira 400 kilometer di selatan ibu kota.

“Kami belum mempunyai angka kematian yang tepat, dia adalah pemuda berusia 21 tahun,” kata pendakwa di bandar Mondou, Ali Kolla Brahim kepada AFP.

Seorang pegawai media negara itu, Ahmat Malloum, memberitahu AFP melalui telefon dari Moundou bahawa polis telah melepaskan peluru hidup ke arah seorang pelajar yang telah mebaling sesuatu ke arah kereta polis.

“Pelajar itu mati di tempat kejadian,” kata Malloum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya