CHAMAN: Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan 14 cedera susulan insiden letupan dalam perhimpunan pro-Palestin di bandar Chaman di wilayah Balochistan.
Menurut pegawai kerajaan tempatan, Tariq Mengal berkata, letupan itu berlaku ketika peserta perhimpunan mula bersurai.
Ribuan penduduk berhimpun dan berarak sebagai sokongan kepada Palestin di beberapa tempat di seluruh Pakistan.
Perhimpunan itu diadakan beberapa jam selepas gencatan senjata dipersetujui antara Hamas dan Israel. – AFP