Enam individu ditahan polis ketika leka sertai parti liar

Enam individu termasuk dua remaja perempuan leka sertai parti liar, dadah ditahan 

TIGA daripada enam individu yang ditahan ketika berkumpul menyertai parti liar dan dadah di sebuah bilik di Cinta Sayang Golf & Resort di Sungai Petani, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai enam individu termasuk dua remaja perempuan ditahan ketika asyik menyertai parti liar dan dadah di sebuah bilik di Cinta Sayang Golf & Resort, di sini hari ini.

Mereka didapati sedang berkumpul sambil mengambil minuman keras dan menghisap dadah ketika diserbu polis dalam Op Cantas/Op Covid 2021 pada pukul 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua individu yang ditahan itu merupakan penduduk tempatan dan remaja perempuan itu yang bekerja sebagai pembantu kedai berusia 17 dan 21 tahun.

Sementara itu, tiga lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dan seorang lagi pencuci kereta berusia antara 28 hingga 33 tahun.

“Mereka mengaku menyewa bilik tersebut untuk berparti liar kerana merasakan selamat selepas larangan sebarang penganjuran aktiviti berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, polis turut merampas satu paket plastik lutsinar di dalamnya berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 0.8 gram daripada salah seorang lelaki terbabit. 

Tambahnya, ujian saringan air kencing ke atas semua individu itu mendapati seorang lelaki terbabit positif dadah jenis Ketamin.

“Semakan rekod pula mendapati dua daripada lelaki itu masing-masing mempunyai satu dan empat rekod jenayah lampau manakala dua remaja perempuan dan dua lagi individu tiada rekod jenayah,” ujarnya. 

Adzli berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana melanggar Peraturan 9 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021 (Aktiviti terlarang Nombor 1).

Katanya, salah seorang lelaki terlibat pula ditahan untuk proses  permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya