Empat pusat pemindahan sementara ditutup, banjir Melaka kian pulih

Empat PPS ditutup, banjir Melaka kian pulih

STESEN minyak Petronas di Bukit Rambai, Melaka ditutup akibat dilanda banjir. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup menjadikan bilangan mangsa banjir yang terjejas di negeri berkurang kepada 348 orang berbanding 669 orang, semalam.

Cuaca baik dan tiada hujan lebat yang melanda sejak pagi tadi menyebabkan air surut di beberapa kawasan yang terjejas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 4 petang hari ini, masih terdapat lima PPS yang masih aktif iaitu tiga di daerah Melaka Tengah dan dua di Jasin.

“Masih ada seramai 348 mangsa daripada 86 keluarga yang masih berlindung di lima PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, SK Demang Husin, SK Tambak Paya, SK Tehel dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen.

“Empat PPS yang sudah ditutup adalah Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tanjung Minyak, SJKC Malim dan SMK Bukit Rambai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Hujan lebat yang melanda Melaka sejak Isnin telah menyebabkan banjir kilat di beberapa buah kawasan.

Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Bukit Beruang Bestari, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Indah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya