Empat nelayan berdepan detik cemas bot pukat tunda bocor 

Empat nelayan berdepan detik cemas bot pukat tunda bocor 

EMPAT nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda yang dinaiki mereka bocor dan hampir karam di kedudukan 5 nautika barat daya Kuala Kedah, Alor Setar, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Empat nelayan tempatan berdepan detik cemas apabila bot pukat tunda yang dinaiki mereka bocor dan hampir karam di kedudukan 5 nautika barat daya Kuala Kedah dekat sini, malam semalam.

Bagaimanapun, nelayan terbabit berjaya diselamatkan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim (Maritim Malaysia) Kuala Kedah yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.55 malam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, selepas mendapat maklumat tersebut, pihaknya telah menghantar anggota dengan menggunakan bot Perkasa 1226 ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota Maritim Malaysia berjaya menemukan bot berkenaan pada pukul 10.48 malam dalam keadaan separuh tenggelam.

“Usaha menyelamatkan mangsa menghadapi sedikit kesukaran berikutan keadaan laut yang bergelora, namun semuanya dapat diselamatkan. 

“Pada masa itu didapati hanya seorang mangsa sahaja memakai jaket keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Azreyanti, empat mangsa itu ialah tekong, Husin Mohammad, 49, dan awak-awak pula Romli Hassim, 65, Amran Abu Seman, 49, dan Omar Bakar, 56.

Katanya, semua mangsa kemudian dibawa balik ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah di sini untuk tindakan selanjutnya.

“Salah seorang daripada mangsa cedera di lengan kanan dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini rawatan lanjut.

“Sementara itu, tiga mangsa lagi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya