Elak 'window shopping', senarai semak dulu barang mahu dibeli - Utusan Malaysia

Elak ‘window shopping’, senarai semak dulu barang mahu dibeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik keputusan kerajaan berhubung had masa dua jam yang ditetapkan kepada pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah, berkuat kuasa esok.

Pegawai Penyelidiknya, N. V. Subbarow berkata, tempoh maksimum dua jam yang diberikan kepada pengguna adalah sangat memadai sekali gus mampu menyelamat nyawa rakyat Malaysia daripada jangkitan penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, pengguna seharusnya memainkan peranan penting sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan sekatan lebih ketat bermula esok.

“Elak budaya ‘window shopping’ semasa mengunjungi ke pasar raya mahupun pusat beli-belah termasuk membelek barangan atau produk terlalu lama sebelum dibeli.

“Pengguna juga disarankan membuat senarai semak bagi barangan yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya termasuk membeli keperluan atau stok untuk dua hingga tiga hari.

“Sekiranya barangan yang dikehendaki boleh didapati di kedai berhampiran rumah, elak keluar ke pasar raya jika tiada sebarang keperluan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berhubung kemungkinan berlaku pembelian panik dalam tempoh dua jam yang ditetapkan, beliau memberitahu, tidak semua pengguna akan keluar serentak pada masa sama ke pasar raya mahupun pusat beli-belah.

“Ini penting adanya senarai semak barangan keperluan. Sekiranya sudah tahu apa yang hendak dibeli, memang tidak akan berlaku sebarang pembelian panik nanti.

“Semua urusan akan jadi cepat dan mudah dalam tempoh 45 minit berbanding had masa dua jam yang ditetapkan kerajaan esok . Saya juga pernah melakukan perkara sedemikian dan berjaya memperoleh had masa maksimum tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, pengguna dan pihak pengurusan pusat beli-belah perlu memainkan peranan penting dalam penetapan had masa maksimum itu bagi mengelak dikenakan kompaun ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya