Dua dikompaun RM5,000 rentas daerah tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Dua dikompaun RM5,000 rentas daerah tanpa kebenaran

ANGGOTA polis melakukan SJR Bergerak Snap Check di Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua individu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang selepas merentas daerah tanpa kebenaran polis di Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia berusia 26 dan wanita berusia 22 tahun itu tinggal di Jitra, Kubang Pasu dekat sini didapati merentasi daerah Kota Setar di sini dengan memandu kereta pada pukul 7 malam.

Menurutnya, mereka ditahan oleh pasukan pemantau Op Covid-19 yang melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) Bergerak Snap Check pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokasi tersebut.

“Kedua-dua individu terbabit dikenakan kompaun RM5,000 selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah dan memberikan alasan munasabah.

“Tindakan itu diambil atas kesalahan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan–Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shukri memberitahu, pasukan pemantau Op Covid IPD Kota Setar akan meneruskan pemeriksaan melalui SJR bergerak di lokasi atau laluan tikus memasuki daerah ini dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya