Cuepacs cadang penjawat awam sumbang RM10 bantu perangi Covid-19

Cuepacs cadang penjawat awam sumbang RM10

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan semua penjawat awam Gred 54 ke bawah menyumbang sekurang-kurangnya sebanyak RM10 setiap seorang kepada tabung Covid-19 yang boleh digunakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Presidennya, Adnan Mat berkata, sumbangan RM10 boleh dibuat melalui potongan gaji oleh kerajaan sekiranya dipersetujui kelak. 

Katanya, sekiranya ada dalam kalangan penjawat awam ingin memberi sumbangan yang lebih, ia adalah keputusan masing-masing dan boleh dilaksanakan melalui prosedur yang diputuskan kerajaan. 

“Cadangan sumbangan dikecualikan kepada petugas kesihatan, petugas keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan yang terlibat secara aktif di barisan hadapan mengekang penularan Covid-19 sebagai salah satu penghargaan kepada mereka.

“Cuepacs menghargai pengorbanan penjawat awam di peringkat JUSA dan TURUS kerana telah bersetuju memotong elaun keraian sejak pelaksanaan PKP tahun lalu lagi. Pengorbanan setiap penjawat awam amatlah Cuepacs hargai dalam menghayati setiap denyut nadi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adnan, Cuepacs juga berharap kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada semua penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran negara. 

“Pemberian vaksin kepada semua penjawat awam membolehkan kami semua meneruskan peranan menjayakan agenda pemulihan ekonomi rakyat dan negara. Melalui pemberian vaksin ini, sudah tentu tiada masalah untuk penjawat awam melaksanakan tugas mereka seperti biasa di lapangan masing-masing dan tidak perlu lagi bekerja dari rumah (BDR). 

Tambah beliau, ia juga mengurangkan risiko jangkitan kepada penjawat awam dan masyarakat kerana kebanyakan tugas penjawat awam adalah memberi perkhidmatan secara langsung kepada rakyat secara bersemuka.

“Cuepacs juga berharap semua aset-aset daripada agensi lain dapat digerakkan dalam operasi mengekang penularan Covid-19. 

“Aset-aset seperti kenderaan jabatan, meja, kerusi dan khemah boleh disalurkan kepada pusat kuarantin, pusat pemberian vaksin, bilik gerakan Covid-19 daerah, klinik kesihatan dan Covid Assesment Centre (CAC) agar gerak kerja di fasiliti terlibat dapat diperkemaskan lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya