Covid-19: HSNZ tidak benarkan pelawat masuk ke wad

Covid-19: HSNZ tidak benarkan pelawat masuk ke wad

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Para pelawat tidak dibenarkan masuk ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

HSNZ dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat pengurusan tertinggi hospital bagi menjaga kesihatan awam di samping membendung penularan wabak.

“Tiada pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad dan tiada waktu melawat.

“Kebenaran masuk hanya diberikan kepada penjaga yang telah mendapat kebenaran bertulis daripada wad dan arahan ini terpakai kepada semua tanpa mengira individu,” katanya menerusi laman Facebook.

Sehubungan itu, HSNZ berharap semua lapisan masyarakat dapat mematuhi arahan ditetapkan.

Semalam, Terengganu merekodkan 203 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan sebanyak 1,230 kes di negeri ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,217 kes dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala 13 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ dengan tujuh memerlukan alat bantuan pernafasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya