NEW DELHI: Artis Bollywood turut bersatu menangani gelombang kedua Covid-19 di India termasuk Salman Khan sanggup mengeluarkan duit poket sendiri bagi memberikan sokongan kewangan kepada pekerja perfileman Bollywood.
Beliau akan menyumbang 1,500 rupee (RM84) kepada kira-kira 25,000 tenaga kerja dalam industri perfileman Bollywood yang mana jumlah keseluruhan sumbangannya adalah lebih RM2 juta.
Bantuan itu merangkumi juruteknik, juru solek artis, stuntmen dan spotboy.
Presiden Persekutuan Pekerja Filem India Barat (FWICE) BN Tiwari mengesahkan kepada ETimes mengenai perkara itu.
“Kami telah mengirimkan kepada Salman Khan senarai nama orang yang memerlukan dan dia telah bersetuju untuk memperuntukan wang tersebut,” katanya.
BN Tiwari juga menambah bahawa senarai 35,000 pekerja warga emas telah dihantar ke Yash Raj Films (YRF) dan mereka secara prinsipnya bersetuju untuk membantu.
Kedua-duanya, Salman dan YRF akan memeriksa senarai dan mengesahkan butiran akaun dan kemudian memasukkan wang tersebut. – ETimes