PPSPM kesal contengan 'Kerajaan Gagal' di Sungai Melaka

Contengan ‘Kerajaan Gagal’ di Sungai Melaka

ANGGOTA MBMB bertindak memadamkan segera contengan 'Kerajaan Gagal' pada panel iklan di sekitar Sungai Melaka hari ini. -  FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab menconteng panel iklan di sekitar Sungai  Melaka di sini dengan perkataan ‘Kerajaan Gagal’. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Murad Husin berkata, perkara itu disedari berlaku pagi tadi apabila terdapat contengan semburan cat berwarna merah dan hitam hampir di keseluruhan panel iklan di Kampung Air 

Katanya, contengan itu kemudian telah dipadamkan segera oleh sepasukan anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tengah hari tadi. 

“Kita percaya motif individu yang telah melakukan vandalisme ini adalah untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka melibatkan hal politik. 

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia sekali gus mencemarkan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan berbincang dengan MBMB untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran bagi tujuan siasatan. 

“Pihak kami berharap pelaku vandalisme ini dapat ditangkap dan tindakan tegas diambil  memandangkan isu ini bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan semua pihak.

“Sekiranya individu terbabit berjaya dikesan, tindakan akan diambil mengikut akta yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” ujarnya.

Tambahnya, pihak juga bercadang untuk mengerakkan pasukan Emergency Response Team (ERT) PPSPM bersama penguat kuasa MBMB bagi menjalankan pemantauan lebih kerap di sepanjang laluan siar kaki Sungai Melaka untuk mengelak kejadian sama berulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya