Cavani kekal di Old Trafford - Utusan Malaysia

Cavani kekal di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Edinson Cavani akan kekal di Manchester United musim depan selepas bintant penyerang Uruguay yang berada di prestasi terbaik itu menandatangani lanjutan kontrak setahun.

Cavavi, 34, meledak 15 gol dalam musim pertamanya di England, termasuk lapan daripada tujuh perlawanan terakhir untuk membantu United berada di tempat kedua Liga Perdana dan ke final Liga Europa.

“Sepanjang musim ini saya memberikan perkembangan yang cukup baik untuk kelab dan semua itu ada sebab.

“Saya terharu penyokong mahu saya kekal, dan akan memberi segalanya untuk membawa kegembiraan dan keseronokan dengan aksi di padang.

“Saya belum berpeluang beraksi sepenuhnya di depan penyokong di Old Trafford dan ia adalah perkara yang saya nanti-nantikan,” kata Cavani.

EDINSON Cavani bersama Ole Gunnar Solskjaer (kiri).

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berulang kali mahu Cavani kekal di Old Trafford sekalipun terdapat laporan menyatakan penyerang itu berhasrat kembali ke Amerika Selatan.

“Apabila Edinson ditandatangani saya katakan, dia dapat memberikan tenaga, kekuatan dan kepimpinan dalam pasukan dan ia terbukti, dia mempunyai segalanya yang saya fikirkan ciri-ciri yang ada padanya dan lain-lain.

“Sebagai jurulatih, kami tahu mengenai rekod jaringannya. Bagaimanapun, keperibadian yang membawa makna penting buat skuad ini, dia mempunyai mentaliti mahu menang dan memberi impak kepada segala yang kami lakukan,” kata Solskjaer.

United berpeluang menamatkan kemarau empat tahun tanpa trofi apabila berdepan Villarreal dalam final Liga Europa pada 26 Mei ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya