Bunuh rakan, Man Siam direman tujuh hari bantu siasatan

Bunuh rakan, Man Siam direman tujuh hari 

SUSPEK yang dikenali sebagai Man Siam (depan) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di dalam sebuah reban ayam di Kampung Che Arus, Kok Lanas kelmarin. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemuda Thailand dikenali sebagai Man Siam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rakannya yang mati dibunuh di kawasan penternakan ayam di Kampung Che Arus, Kok Lanas, di sini kelmarin.

Perintah tahanan reman sehingga Khamis depan terhadap suspek berusia 22 dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Amni Johari di bilik reman Kompleks Mahkamah Kota Bharu, pagi ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media semalam melaporkan, suspek bertindak menikam seorang lelaki dengan sebilah golok bertubi-tubi di dada gara-gara berang kepalanya dipijak mangsa ketika dia sedang tidur di dalam bangsal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Mohd. Dailami Ashaari, 38, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Machang, 15 minit selepas itu, dengan empat kesan tikaman di dada.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, polis berjaya menahan suspek yang menyorok dalam semak berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 2.45 petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN