Buaya : Perhilitan pasang papan tanda larangan ke lombong tinggal - Utusan Malaysia

Buaya : Perhilitan pasang papan tanda larangan ke lombong tinggal

KAKITANGAN Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang papan tanda larangan masuk selepas selesai menempatkan perangkap buaya di kawasan lombong tinggal di Kuala Nerus, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai dilarang memasuki kawasan lombong tinggal di Kuala Nerus, di sini yang dikatakan dihuni seekor buaya tembaga berusia kira-kira enam tahun digelar ‘Mamat’.

Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusuf berkata, papan tanda larangan masuk itu dipasang sejak semalam bagi memastikan orang ramai tidak mengganggu perangkap buaya yang ditempatkan di lokasi berkenaan.

Katanya, setakat ini satu perangkap sudah dipasang di lombong tinggal itu bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

“Sebarang gangguan ke atas perangkap tersebut akan diambil tindakan mengikut undang-undang.

“Dalam tempoh empat hari pemantauan, kita belum nampak kelibat buaya muncul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Malek mengingatkan orang ramai agar tidak melihat `Mamat’ pada jarak dekat kerana tindakan itu berbahaya jika buaya tembaga berkenaan tiba-tiba menyerang.

Katanya, walaupun buaya itu difahamkan jinak ketika kecil, tetapi sifat pemangsa tetap ada terutama dengan saiznya yang semakin membesar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya