PETALING JAYA: Ada yang berkata apabila bercakap tentang kumpulan K-pop BTS, ia tidak akan habis kerana ada sahaja rekod baharu yang dicipta oleh kumpulan ini.
Sebagai kumpulan k-pop yang paling terkenal peminat mereka kini sudah merebak ke seluruh dunia malah mereka menjadi wakil Asia di kancah global.
Ini terbukti apabila BTS berjaya menembusi carta Billboard selama berminggu-minggu, memecahkan pelbagai rekod dunia untuk album terlaris secara global, sempat dinobatkan kumpulan paling berpengaruh dunia, dan sebagainya. Prestasi BTS memang bukan main-main.
Maka, tidak hairanlah kalau kumpulan mendapat banyak tawaran untuk persembahan di sana-sini.
Standard mereka sudah tidak terbatas di Korea Selatan atau Asia sahaja, tapi sudah standard global.
Beberapa hari yang lalu, Rolling Stone, majalah muzik yang mempunyai sejarah panjang di Amerika Syarikat mengumumkan bahawa BTS akan menjadi penghias muka depan untuk bulan Jun.
Apa yang menarik ialah, ini merupakan kali pertama bintang atau kumpulan dari Asia tampil menghiasi majalah berprestij itu.
Unutk edisi bulan Jun ini, BTS akan bercakap tengan kejayaan mereka di pentas Asia dan dunia.
Setiap anggota BTS akan berkongsi kisah masa-masa sukar yang dialami mereka selain muzik, perjalanan kerjaya hingga mampu membina nama dan imej yang gah di peringkat antarabangsa.
Selain itu, BTS juga akan berkongsi maklumat awal mengenai pelancaran single terbaharu mereka ‘Butter’.
Single ini akan jadi lagu kedua dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, setelah mereka berjaya dengan Dynamite, yang bertahan di posisi #1 tangga Billboard selama belasan minggu.
Semau tujuh anggota BTS; RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook, juga tampil dengan busana lengkap dari Louis Vuitton untuk wawancara eksklusif ini!
Rolling Stone juga akan menerbitkan set koleksi untuk lapar cover berbeza hasil kerjasama istimewa dengan BTS.