Bill Gate dan isteri, Melinda berpisah - Utusan Malaysia

Bill Gate dan isteri, Melinda berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
NEW YORK: Lelaki keempat terkaya di dunia yang juga pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates mengumumkan  telah berpisah dengan isterinya, Melinda.
Pasangan utu sudah bersama  selama 27 tahun.
Melalui kenyataan bersama di Twitter, kedua-duanya memberitahu bahawa keputusan berpisah itu diambil setelah tidak ada lagi persefahaman.
Namun, mereka akan terus bekerjasama dalam Yayasan Bill dan Melinda Gates bagi membantu golongan yang memerlukan.
Bill dan Melinda bertemu sekitar akhir 1980-an ketika kedua-duanya bekerja di Microsoft.
Mereka berkahwin pada 1994 dan mempunyai tiga orang anak.
Bill merupakan lelaki keempat terkaya di dunia dan Yayasan Bill dan Melinda Gates telah menderma sekurang-kurangnya AS$1.75 bilion untuk program mengekang wabak COVID-19.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya