Bendera Palestin ditemukan terbakar - Utusan Malaysia

Bendera Palestin ditemukan terbakar

KAMAROL Zaman Zainol Abidin menunjukkan bendera Palestin yang terbakar Jambatan Lama Sungai Gedung, Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Satu bendera Palestin yang dipasang oleh penduduk di Jambatan Lama Sungai Gedung, di sini bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin didapati rosak akibat terbakar.

Setiausaha Pas Cawangan Sungai Kepar, Kamarol Zaman Zainol Abidin yang memasang bendera berukuran 10×20 kaki itu petang semalam berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas diberitahu rakannya pada pukul 10 pagi tadi.

Menurutnya, dia kesal dengan kejadian itu apabila mendapati bendera yang dipasang tidak sampai 24 jam dirosakkan.

“Kami tidak menuding jari kepada individu atau mana-mana pihak di atas kejadian ini dan berharap perkara seperti ini tidak lagi terjadi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, bendera yang dipasang itu adalah hasil wang kutipan penduduk dan rakan-rakannya berjumlah sebanyak RM250 sebagai menunjukkan sokongan solidariti mereka terhadap isu Palestin.

Katanya, berikutan kejadian itu, dia dan rakan-rakannya menurunkan bendera yang telah rosak itu dan menggantikannya dengan bendera yang baru.

“Kami juga sedang berbincang untuk membuat laporan satu laporan polis mengenai kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan suasana yang tidak harmoni terhadap masyarakat di kawasan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya