Bekalan ikan 'putus' di Batu Berendam - Utusan Malaysia

Bekalan ikan ‘putus’ di Batu Berendam

SUASANA lengang Pasar Borong Batu Berendam, Melaka ekoran ketiadaan pelanggan. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Peniaga di Pasar Borong Batu Berendam, dekat sini berdepan masalah kekurangan bekalan ikan ekoran penutupan pasar itu selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat lepas, berikutan terdapat peniaga disyaki positif Covid-19.

Apabila dibuka semula sejak Sabtu, bukan setakat bekalan tidak mencukupi tetapi lebih memeritkan apabila kunjungan orang ramai turut lengang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa jenis ikan tidak ditawarkan di situ seperti jenahak, kerapu, tenggiri, bawal putih, bawal hitam, udang dan sotong.

Di samping itu, terdapat hampir 10 peniaga tidak menjalankan perniagaan kerana ketiadaan bekalan.

Seorang peniaga, Amir Man, 48, berkata, buat masa kini, bekalan ikan sangat susah diperoleh seperti sebelum ini.

“Keadaan peningkatan Covid-19 terutama bekalan dari Kuala Lumpur terjejas. Susah nak dapat ikan jenahak ataupun bawal. Apa yang dapat saya jual hanyalah ikan daripada peti sejuk beku, itu pun tidak banyak,” katanya ketika ditemui.

Ujarnya, lebih menyedihkan orang ramai tidak lagi mahu berkunjung ke situ dipercayai kerana masih khuatir dengan status Covid-19 di pasar terbabit.

Seorang lagi peniaga, Ah Soon, 50, turut menzahirkan kebimbangan, lebih-lebih lagi apabila memikirkan kes positif yang semakin meningkat.

“Saya hanya mampu jual ikan cencaru, sedikit sotong dan ikan kembung daripada peti sejuk beku. Sekarang ini susah dapat bekalan ikan dari luar. Tengok berapa peniaga tidak berniaga.

“Orang ramai pula tidak ramai datang berbanding sebelum ini, mungkin ada yang takut sebab terdapat peniaga disahkan positif Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya