Bantuan segera RM400,000 untuk penduduk Besut - Utusan Malaysia

Bantuan segera RM400,000 untuk penduduk Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menyalurkan bantuan segera bernilai RM400,000 kepada penduduk Besut yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, peruntukan itu diluluskan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mengadakan lawatan di daerah itu semalam.

Katanya, kerajaan negeri mengambil cakna perkembangan Covid-19 di Terengganu terutama di Besut yang mencatatkan kes tertinggi.

“Pemberian bantuan itu diharap sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat yang terjejas sepanjang tempoh PKPD.

“Sehubungan itu, saya minta seluruh rakyat Terengganu agar sentiasa menjaga diri dan keluarga di samping bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seluruh daerah Besut dikenakan PKPD bermula semalam hingga 4 Jun susulan sembilan daripada 17 kluster aktif di Terengganu dikesan membabitkan daerah berkenaan yang sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dalam komuniti.

Semalam, Besut mencatatkan 51 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,428 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya