Bakal jemaah haji antara penerima vaksin - Tabung Haji

Bakal jemaah haji antara penerima vaksin

ORANG ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan AntarabangsamLayasia (MITEC), Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji antara penerima vaksin Covid-19 yang menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum mereka dibenarkan bertolak ke Tanah Suci menjelang musim haji nanti.

Mereka adalah antara 2,400 hingga 2,800 warga emas penerima vaksin dalam fasa dua di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini yang dibuka pada hari pertama selepas PPV di Stadium Titiwangsa dan Manjalara, Kepong ditutup Jumaat lalu.

Pegawai Penyelaras PPV, Dr. Maizura Harun memaklumkan, bakal jemaah haji dianggap sebagai penerima yang perlu diberikan perhatian kerana mereka juga dikehendaki menerima suntikan vaksin lain sebelum melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Katanya, mereka perlu melengkapkan dua dos suntikan vaksin jenis Pfizer sebelum masuk bulan Zulhijjah yang dijangkakan jatuh pada 11 Julai nanti bagi membolehkan mereka masuk ke Arab Saudi.

Beliau berkata, senarai nama turut diterima daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), namun penerima vaksin itu juga perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan tarikh dan waktu janji temu.

“Kita memang ada penerima yang terdiri daripada bakal jemaah haji, mereka semua adalah berdaftar dan kita tetapkan tarikh janji temu mereka. Bukanlah mereka akan datang secara sekali gus.

“Kita tetap ikut peringkat, sehari setakat ini bagi bakal jemaah haji, kita tetapkan 30 ke 50 penerima khas untuk mereka. Mereka dianggap istimewa kerana perlu diberikan suntikan Pfizer bagi mematuhi kehendak kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam sidang akhbar pada hari pertama pembukaan MITEC sebagai PPV semalam.

Bagaimanapun, Dr. Maizura memaklumkan belum ada keperluan buka kaunter atau laluan khas kepada bakal jemaah haji memandangkan kehadiran mereka adalah tidak ramai sementera vaksin yang perlu diambil sememangnya tersedia di PPV itu.

Menurutnya, sebaliknya mereka akan melalui proses penerimaan vaksin sama seperti orang lain kecuali jika bakal jemaah haji itu memerlukan bantuan khas seperti kerusi roda atau orang kurang upaya (OKU).

“Kita sebenarnya memang ada kaunter khas berdasarkan keperluan masalah kesihatan seperti penerima yang menggunakan kerusi roda dan sebagainya. Cuma buat masa ini penerima daripada bakal jemaah haji tidak ramai, jadi mereka akan melalui kaunter seperti orang lain juga.

“Kita tetap ikut peringkat, sehari setakat ini bagi bakal jemaah haji, kita tetapkan 30 ke 50 penerima khas untuk mereka. Mereka dianggap istimewa kerana perlu diberikan suntikan Pfizer bagi mematuhi kehendak kerajaan Arab Saudi,” jelasnya.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi dilapor bakal membenarkan umat Islam dari negara lain untuk berangkat ke sana bagi menunaikan ibadah haji di sana, namun mengenakan beberapa termasuk memastikan keputusan negatif ujian saringan Covid-19 menggunakan Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) sebelum memasuki Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya