AstraZeneca dimasukkan dalam PICK - Khairy Jamaluddin

AstraZeneca dimasukkan dalam PICK

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Vaksin AstraZeneca akan dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berikutan sambutan menggalakkan yang diterima orang ramai sepanjang tempahan vaksin itu dibuka secara sukarela fasa satu dan dua sebelum ini.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya kini sedang meneliti satu kemudahan yang akan diberikan kepada orang ramai yang mana mereka boleh memilih vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

“Kita lihat keraguan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca yang dikaitkan dengan trombosis atau pembekuan darah terhakis melalui sambutan baik yang diterima.

“Kita akan buat keputusan pada bulan mendatang, kerajaan tidak lagi akan melaksanakan AstraZeneca dan kembali dimasukkan dalam PICK,” katanya dalam sidang akhbar secara maya semalam.

Fasa pertama tempahan janji temu sebanyak 260,000 vaksin AstraZeneca habis ditempah orang ramai dalam tempoh tiga jam sahaja sejak ia dibuka pada 2 Mei lalu. 

Fasa kedua tempahan pula dibuka sejak 23 Mei lalu dengan sebanyak 1.261 juta dos vaksin AstraZeneca ditempah orang ramai untuk slot janji temu secara sukarela semalam. 

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 275,208 dos ditempah oleh warga emas, manakala sebanyak 956,609 tempahan bagi penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah dipenuhi hanya dalam tempoh sejam. 

Khairy sebelum ini berkata, tempahan bagi mendapatkan vaksin berkenaan mula dibuka menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my dengan berdasarkan kepada kaedah first come, first served. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya