Astaf tolak alasan ‘puasa enam’ PSM - Utusan Malaysia

Astaf tolak alasan ‘puasa enam’ PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Alasan ‘puasa enam’ yang diberikan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi menangguhkan perbicaraan tatatertib ditolak oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf).

Presiden Astaf, Datuk Halim Kader menegaskan, memberi alasan sebegitu untuk menangguhkan perbicaraan sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Astaf sudah melakukan persiapan membabitkan tujuh hakim dari tujuh negara dan puasa enam bukan alasan yang boleh diterima.

“Jadi prosiding akan diteruskan mengikut apa yang sudah ditetapkan,” katanya.

Astaf menerusi surat yang dihantar kepada PSM, memaklumkan penolakan penangguhan berkenaan dan ia bermakna sesi pendengaran akan berlangsung secara maya mengikut jadual.

Sesi pendengaran berkenaan akan berlangsung Khamis ini menerusi aplikasi zoom. Terdahulu Astaf melalui Jawatankuasa Eksekutifnya sebulat suara memilih untuk meneruskan prosiding tatatertib terhadap PSM kerana melanggar perjanjian.

Ia kerana PSM dan presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail atau Tok Mat tidak mengikut perjanjian untuk mematuhi objektif Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) dan perlembagaan Astaf.

Ahmad sebelum ini digantung 15 tahun dan didenda AS$25,000 (RM102,900) selepas didapati bersalah dalam empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang ASTAF iaitu menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk meminta campur tangan keputusan pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu.

PSM juga digantung ‘sementara’ daripada sebarang aktiviti berkuatkuasa 28 April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya