WASHINGTON: Kira-kira 35 peratus daripada rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah dijangkiti virus Covid-19 sejak setahun lalu, demikian menurut kajian oleh Pusat Pengawalan Wabak (CDC) negara itu.
CDC menjangka dari Februari 2020 hingga Mac tahun ini, 114.6 juta rakyat AS telah dijangkiti pandemik itu, dengan 97.1 juta menunjukkan simptom sakit dan 5.6 juta dimasukkan ke hospital disebabkan Covid-19.
Pada masa ini jumlah rakyat AS ialah kira-kira 330 juta, berdasarkan laman web biro bancian. Jumlah penduduk dijangkiti Covid-19 yang dijangka oleh CDC ialah kira-kira 35 peratus daripada keseluruhan populasi atau lebih kurang seorang penghidap Covid-19 dalam setiap tiga orang rakyatnya.
Dalam kalangan yang dijangkiti itu pula, 50 peratus adalah yang berumur antara 18 dan 49 tahun dan 23 peratus yang lebih muda. Manakala yang dimasukkan ke hospital pula, 47 peratus dianggarkan berumur 65 tahun atau lebih. – Xinhua