Apakah yang patut dibuat oleh wanita haid untuk dapat kelebihan Lailatul Qadar?

Apakah yang patut dibuat oleh wanita haid untuk dapat kelebihan Lailatul Qadar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin berkata, ramai wanita bertanya saya, apakah yang patut dibuat oleh wanita haid agar tidak terlepas kelebihan Lailatul Qadar?
Dalam hantaran di Facebook katanya, jawapan ringkas beliau secara pantas ialah, wanita yang haid tidak wajar terlepas dari kelebihan Lailatul Qadar.
“Menghidupkan Malam al-Qadar itu adalah dengan beribadah. Wanita haid masih boleh beribadah sekalipun tidak boleh solat. Antara yang boleh mereka lakukan ialah;
1. Berdoa kepada ALLAH. Doa adalah ibadah. Sabda Nabi s.a.w: الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ، {قَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}
“Doa itulah ibadah. (Kemudian Nabi s.a.w membaca firman ALLAH dari Surah al-Gahfir ayat 60) -maksudnya-“Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKU nescaya AKU memustajabkan untuk kamu” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Hadis sahih)
2. Beristighfar. Istighafar iaitu memohon keampunan ALLAH, ia mempunyai fadilat yang sangat besar. Begitu banyak dalil mengenai fadilatnya dalam al-Quran dan al-Sunnah. Wanita haid sama seperti orang lain digalakkan berdoa dan beristighfar. Dalam hadis Nabi s.a.w menyebut: ينْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun (dengan makna yang layak bagi keagunganNYA) setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman:
“Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Membaca pelbagai zikir seperti tasbih (subhanalLah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (la ilaha illa ALLAH), solawat dan pelbagai lagi. Haid tidak menghalang mereka menghayati zikir-zikir ini.
4. Membaca al-Quran. Wanita haid boleh membaca al-Quran merupakan pendapat dalam Mazhab Malik, riwayat qaul qadim Mazhab al-Syafii, salah satu qaul al-Imam Ahmad, Mazhab Zahiri, pendapat Ibn Jarir al-Tabari, pendapat ini yang ditarjih oleh al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim dan al-Imam al-Syaukani dan ramai tokoh tarjih yang lain termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Lajnah Fatwa Arab Saudi juga mentarjihkan pendapat ini.
Hujah dan alasan pihak yang membenarkan dilihat kukuh di segi dalil nas dan akal. Namun, majoriti ulama khususnya dari Mazhab Hanafi, Syafii dan Hanbali tidak membenarkan. Mereka juga mempunyai hujah dan alasan yang tersendiri. Kalangan mereka mengizinkan jika ada keperluan seperti untuk guru al-Quran dan pelajar yang memerlukan.
Bagi yang memilih pendapat yang membolehkan wanita haid membaca al-Quran, dia sewajarnya membaca dari ingatan atau dari HP atau apa skrin, tanpa menyentuh mashaf al-Quran. Adapun menyentuh mashaf al-Quran, kebanyakan ulama tidak membenarkan termasuk ulama yang membenarkan wanita haid membaca al-Quran juga tidak membenarkan mereka memegang mashaf.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya