Angka korban di Gaza meningkat kepada 83 orang termasuk 17 kanak-kanak

Angka korban di Gaza meningkat kepada 83 orang termasuk 17 kanak-kanak

PEMUDA Palestin melihat kerosakan bangunan selepas dibedil roket Israel di Semenanjung Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan udara Israel yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza setakat ini telah membunuh 83 orang warga Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan lapan wanita, lapor Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.

Sementara itu, 487 orang dilaporkan cedera sejak serangan bermula lebih dari dua hari yang lalu, menurut kementerian itu.

Tentera Israel mengatakan telah menyerang Gaza lebih dari 600 kali sejak petang Isnin, sementara Hamas telah menembakkan lebih dari 1,600 roket ke arah Israel, dengan kebanyakannya telah dipintas dan dimusnahkan.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, ketegangan meningkat karena pengusiran Israel terhadap Palestin dari sebuah daerah di Baitulmaqdis timur, yang dilihat oleh Israel sebagai sebahagian dari ibu kota kekalnya tetapi tidak diiktiraf oleh PBB.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya