Anak Amyza Aznan kemalangan - Utusan Malaysia

Anak Amyza Aznan kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Amyza Aznan, bersyukur anaknya, Andre Mikhail, 13, terselamat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari rakaman studio, malam semalam.

Menerusi hantar di Instagram (IG) pada pukul 10.30 malam Ahad, Amyza mendakwa anaknya dilanggar oleh sebuah kenderaan namun tidak dinyatakan secara terperinci jenis kenderaan terbabit.

“Terima kasih Allah kerana melindungi anakku. Hati ibu ni anak… Pesanan buat semua nak masuk simpang tolonglah bagi signal. Saya tak marah. Saya dalam keadaan tenang.

“Saya bersyukur kerana ini ujian baru buat saya dan anak-anak. Bagi saya ianya peringatan daripada Allah kerana Dia tahu saya sangat sayangkan anak-anak. Setiap ujian Allah ada kenikmatannya waulaupun ia pahit. Hanya reda dan jangan menuding jari serta selesaikan dengan baik. Insya-Allah,” luahnya.

Dalam perkongsian di InstaStory, Amyza dan Andre turut memuat naik video. Dapat dilihat cedera pada anggota tubuh badan di bahagian kaki dan lengan.

“Alhamdulillah, Andre dah ada kat rumah. Doktor sudah cuci luka dan beri suntikan. Esok (Isnin) kena pergi cuci lagi,” komen balas Amyza terhadap penyanyi Anuar Zain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya