SEREMBAN: “Alhamdulillah, ayah sihat dan sedang berehat di rumah”.
Demikian beritahu Mohd. Najib Mohd., Isa anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 72.
Ia susulan khabar angin yang mengatakan bapanya itu yang juga bekas Pengerusi Felda, meninggal dunia malam tadi.
Mohd. Najib yang juga Ketua Pemuda UMNO Port Dickson berkata, Mohd. Isa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan ketika ini dan kini berehat di rumah dekat Senawang di sini.
“Tan Sri berada di rumah dan berehat lagipun tidak boleh keluar ke mana-mana ketika ini. Alhamdulillah, beliau sihat dan tiada apa-apa, doakan supaya beliau terus sihat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Malam semalam tukar audio berdurasi 47 saat di aplikasi WhatsApp yang mendakwa bekas Ahli Parlimen Jempol itu meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam.
“Ramai yang hubungi bertanyakan hal itu, dan bagi pihak keluarga menafikan bahawa perkara itu tak betul, saya rasa ini bukan kali pertama, seingat saya saban tahun mesti ada khabar angin begini.
“Saya tida tahu macam mana rakaman suara itu boleh tersebar, siapa yang mulakan dan individu yang merakamkannya juga saya tidak tahu kenapa dia buat begitu,” katanya. UTUSAN ONLINE