Alaba milik Real Madrid untuk 5 tahun - Utusan Malaysia

Alaba milik Real Madrid untuk 5 tahun

David Alaba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Selepas 13 tahun berbakti bersama Bayern Munich, akhirnya David Alaba menyertai Real Madrid dengan kontrak selama lima tahun.

Pengumuman itu dibuat gergas Sepanyol itu sehari selepas bekas pengendali mereka, Zinedine Zidane melepaskan jawatannya di Santiago Bernebue.

Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa kelab ternama lain termasuk kelab Liga Perdana Inggeris.

“Real Madrid mencapai persetujuan dengan David Alaba, yang akan bersama pasukan untuk tempoh lima musim,” kata Real dalam satu kenyataan.

Alaba akan diperkenalkan sebagai pemain baharu Real selepas tamat Kejohanan Eropah (Euro) 2020 dari 11 Jun hingga 11 Julai.

Pemain pertahanan Austria itu berjaya mencatat kejayaan gemilang di Bayern selepas meraih dua trofi Liga Juara-Juara dan 10 kejuaraan liga selain beberapa lagi pencapaian lain.

Alaba berkata Februri lalu dia akan meninggalkan Bayern apabila kontraknya tamat hujung musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya