Lima nelayan nyaris lemas bot terbalik dipukul ombak

5 nelayan nyaris lemas bot terbalik dipukul ombak

SERAMAI lima nelayan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar di Sungai Kuala Muda dekat Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seramai lima nelayan berdepan detik cemas selepas bot mereka terbalik akibat dipukul ombak besar di Sungai Kuala Muda dekat Penaga, di sini hari ini. 

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diselamatkan nelayan lain dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 500 meter dari Pasar Bisik Kuala Muda ketika nelayan terbabit dalam perjalanan pulang membawa hasil laut ke tempat pendaratan ikan.

“Bagaimanapun sebelum tiba di jeti pendaratan ikan, bot dinaiki mereka terbalik akibat dibadai ombak besar. 

“Namun kesemua mangsa iaitu pemilik bot berusia 51 tahun dan empat nelayan berusia 22 hingga 36 tahun berjaya diselamatkan oleh nelayan lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya