330 ekor burung dari Mali, Afrika positif selesema burung dilupus

330 ekor burung dari Mali, Afrika positif selesema burung dilupus

SEBAHAGIAN burung dari Mali, Afrika dilupuskan Maqis kerana positif selesema burung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak 330 ekor burung yang diimport dari Mali, Afrika dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas didapati positif penyakit selesema burung atau Avian Influenza.

Menurut Maqis, kesemua burung itu terdahulu ditahan di pintu masuk kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 13 Mei lalu sebelum dihantar ke stesen kuarantin haiwan KLIA untuk proses kuarantin.

Katanya, semasa tempoh kuarantin, beberapa sampel diambil daripada burung tersebut dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV) pada 16 Mei lalu. 

“Bagaimanapun, hasil ujian makmal yang dikeluarkan pada 18 Mei lalu mendapati burung tersebut positif pengesanan penyakit selesema burung.

“Prosedur ujian ini perlu dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit yang dikhuatiri jika tidak dikawal boleh menyebabkan industri ternakan unggas negara terjejas,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Maqis berkata, kesemua burung yang bernilai RM23,190 itu kemudiannya dilupuskan pada pukul 9 pagi kelmarin di stesen kuarantin haiwan KLIA mengikut prosedur operasi piawaian yang ditetapkan.

Maqis memaklumkan kesemua burung yang ditahan terdiri daripada jenis Green turaco (Tauraco Persa), Violet turaco (Musophaga Violacea), Senegal Parrot (Piocephalus Senegalus), Rose Ring Parakeet (Psittacula Krameri) dan Singing Finch (Serinus Mkzambicus)

Katanya, adalah menjadi suatu kesalahan pengimportan tumbuhan, binatang, karkas dan sebagainya dengan penyakit mengikut Seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. 

“Sekiranya disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Maqis berkata, pihaknya sentiasa komited dengan tindakan penguatkuasaan di semua pintu masuk negara dan akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara. 

“Langkah ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara terjamin dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan oleh kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya