299 buah hospital swasta, klinik swasta sedia jadi PPV - Utusan Malaysia

299 buah hospital swasta, klinik swasta sedia jadi PPV

DR. ADHAM Baba melihat tempat penyimpanan vaksin Covid-19 ketika mengadakan lawatan ke AMC Medical Clinic bagi pelaksanaan PICK di fasiliti perubatan swasta di Seremban, semalam.-FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 299 buah hospital dan klinik swasta di seluruh negara sudah mula beroperasi dan bersedia untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah tersebut adalah daripada 2,448 buah hospital dan klinik swasta yang telah pun berdaftar untuk dijadikan sebagai PPV.

“Mereka (penerima vaksin) datang ke klinik swasta ini tidak perlu bayar dan pihak klinik memberikan vaksinasi mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

“Ketika ini, sebanyak 37 buah klinik swasta telahpun ‘rolled up’ sepanjang dua hari lepas. Kami ingin ucapkan terima kasih kepada hospital dan klinik swasta seluruh negara yang telah pun bersetuju untuk bersama memberikan vaksinasi secara percuma kepada penduduk negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke AMC Medical Clinic di Seremban 2 dekat sini bagi pelaksanaan PICK di fasiliti perubatan swasta.

Jelas Adham, dengan wujudnya PPV di fasiliti swasta tersebut, PICK yang sedang dilaksanakan ini akan sampai kepada penduduk di seluruh negara dengan lebih menyeluruh.

“Ada PPV klinik kesihatan yang terletak berjauhan jadi jadi lokaliti dan keperluan sesetengah tempat kami perhatikan. Kami juga melihat minat penduduk untuk mendapatkan vaksin di klinik swasta juga sedang meningkat.

“Pada fasa ketiga PICK nanti kita perlu lebih banyak PPV klinik-klinik swasta dan kesemua yang telah mendaftar untuk menjadi PPV itu mestilah memastikan mempunyai peti penyejuk beku yang boleh menampung bekalan vaksin selain petugas mereka juga perlu dilatih selain memastikan SOP diikuti,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memberitahu, hasil kajian yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan pada bulan lalu terhadap 15,000 orang responden, 88 peratus daripada mereka bersetuju untuk menerima vaksin.

“Sebanyak 10 peratus tidak bersetuju dan selebihnya tidak pasti. Antara yang dikenal pasti antara sebab mereka tidak bersetuju adalah kerana bimbang mengenai tahap keselamatan malah ada yang mahu menunggu dahulu dan ingin melihat kesan vaksin itu kepada individu lain,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya