27 suspek merusuh berdepan tindakan mahkamah - Utusan Malaysia

27 suspek merusuh berdepan tindakan mahkamah

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden rusuhan membabitkan seramai 27 individu di Parit Raja, Batu Pahat pada sambutan Aidilfitri lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan pendakwaan di mahkamah akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Katanya, kesemua 27 suspek yang ditahan sebelum ini telah disiasat di bawah tiga akta berbeza.

“Akta berkenaan adalah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berkumpul beramai-ramai dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

“Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana membakar suar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Pada 13 Mei lalu, sekumpulan pemuda melakukan rusuhan dengan membuat halangan jalan raya menggunakan motosikal dan kereta selama 15 minit bagi menarik perhatian dengan kain rentang bertulis ‘KERAJAAN GAGAL’ serta membakar suar dan mercun.

Susulan tindakan itu, polis telah menahan seramai 27 suspek berusia antara 16 hingga 28 tahun dalam beberapa operasi selepas video berkenaan insiden itu tular di media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya