24 kluster Hari Raya akibat ingkar SOP - Utusan Malaysia

24 kluster Hari Raya akibat ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sikap pihak tertentu ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) menyebabkan sebanyak 24 kluster sambutan Hari Raya Aidilfitri direkodkan di negara ini sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 850 kes dilaporkan daripada kluster berkenaan daripada 3,309 individu yang menjalani ujian saringan.

“Paling membimbangkan, kebanyakan kes positif direkodkan oleh Kementerian Kesihatan melibatkan individu yang tidak bergejala,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau merujuk sikap tidak bertanggungjawab pihak terbabit melanggar arahan SOP yang melarang pergerakan rentas negeri dan daerah ketika sambutan Hari Raya Puasa tersebut.

Mereka dipercayai berjaya melakukan rentas kawasan sama ada menerusi laluan tikus atau membuat kunjungan ahli keluarga, saudara dan rakan yang menetap dalam daerah sama.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sebanyak 699 kes positif wabak itu yang tidak bergejala dikesan daripada kluster tersebut berbanding individu bergejala hanya mencatatkan 151 kes.

“Data menunjukkan kluster perayaan Aidilfitri paling tinggi direkodkan di Jajahan Tumpat, Kelantan iaitu 224 kes positif selain Wilayah Persekutuan Labuan dengan 123 kes,” kata beliau.

Justeru, beliau amat berharap rakyat terus mematuhi SOP memandangkan kes baharu harian semakin meningkat naik dengan hari ini sahaja sudah mencecah sebanyak 8,290 kes positif.

Angka berkenaan yang paling tinggi dalam sejarah sejak wabak maut tersebut direkodkan secara rasmi di negara ini pada 25 Januari lalu daripada sekumpulan pelancong warga China. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya