Sebanyak 237,204 individu telah divaksin di Perak

237,204 individu telah divaksin di Perak

MOHD. AKMAL KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 237,204 individu di Perak telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, daripada jumlah dalam kumpulan fasa kedua itu, seramai 90,759 individu telah lengkap dua dos suntikan berkenaan.

“Sehingga semalam, seramai 828,881 individu di Perak atau 42.9 peratus telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

“Daripada jumlah tersebut, kita telah mengeluarkan tarikh temujanji kepada 258,958 individu dengan 237,204 telah menerima suntikan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Akmal berkata, proses pemberian vaksin di negeri ini juga akan dipercepatkan pada pertengahan bulan hadapan dengan penglibatan hospital dan klinik swasta.

Katanya, beberapa buah hospital dan klinik swasta telah mendaftar dan dilantik untuk program imunisasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS).

“Dengan penglibatan pusat perubatan swasta, ia akan membantu mempercepatkan urusan vaksinasi di negeri ini terutama bagi daerah-daerah besar seperti Kinta, Manjung dan Larut, Matang dan Selama.

“Tarikh jangkaan operasi pada pertengahan Jun namun tertakluk kepada kesediaan PPVHS,” katanya.

Tambah beliau, jumlah temu janji di PPVHS pula bergantung kepada keupayaan vaksinator dan kapasiti di lokasi.

“Kaedah temujanji dan operasi sama seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam iaitu melalui MySejahtera dan fasa yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya