RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurang 23 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembak menembak antara polis dan kumpulan yang disyaki pengedar dadah di kawasan Jacarezinho di sini.
Berdasarkan laporan daripada polis Rio de Janeiro, seorang anggota polis turut terbunuh dalam kejadian itu, sementara 23 lagi yang maut dipercayai ahli pertubuhan jenayah yang menguasai kawasan sekitar itu.
Tembak menembak itu berlaku pada awal pagi Khamis yang merupakan sebahagian daripada usaha polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.
Video dan audio yang tersebar di media sosial menunjukkan bagaimana tegangnya kejadian tembak menembak itu dengan bom gas dilepaskan disamping imej dari udara menunjukkan orang bersenjata berlari di atas bumbung.