Sebanyak 19 tan ikan aji-aji sejuk beku dirampas Maqis

19 tan ikan aji-aji sejuk beku dirampas

ISI ikan aji-aji sejuk beku yang dirampas Maqis Pulau Pinang dalam operasi di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas lebih 19 tan isi ikan aji-aji sejuk beku sewaktu melakukan pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam. 

Menurut Pengarahnya, Noriah Dahlan, produk dari China itu dirampas dalam operasi kira-kira pukul 5.45 petang semalam selepas didapati berbeza dengan komoditi yang diisytihar pada permit import yang dikeluarkan pihaknya. 

SEBUAH kontena yang membawa lebih 19 tan isi ikan aji-aji sejuk beku.

“Produk sejuk beku isi ikan amberjack (aji-aji) itu cuba dibawa masuk menggunakan sebuah kontena dan dimuatkan di dalam 1,679 kotak yang dianggarkan bernilai lebih RM56,570,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya