100,980 terlibat penugasan Covid-19 - Utusan Malaysia

100,980 terlibat penugasan Covid-19

Polis membina sekatan jalan raya bagi memastikan pematuhan SOP Covid-19 bagi mencegah penularan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan operasi pemantauan dipertingkatkan dan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Kementerian Dalam Negeri berkata, semua jabatan dan agensi di bawah kementerian seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Agensi Ke­selamatan Sempadan Malaysia (Aksem) diarahkan meningkatkan penguatkuasaan berikutan banyak laporan  berhubung kekurangan pematuhan SOP Perintah-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 Selain menambahkan bilangan kekuatan anggota serta operasi Sekatan Jalan Raya (SJR), pemantauan ketat juga dijalankan bagi menghalang individu mengambil kesempatan merentas negeri atau daerah menggunakan pengangkutan awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail atau melalui perkhidmatan e-hailing.

“Arahan ini juga dikeluarkan bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dibendung dengan lebih berkesan dan menyeluruh, terutamanya menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, kementerian menyeru semua pihak  terus mematuhi SOP yang diputuskan kerajaan dan memberikan kerjasama jitu terhadap usaha dan langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi melindungi nyawa rakyat daripada ancaman pandemik Covid-19.

Katanya, sejak PKP  sehingga kini, seramai 100,980 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi KDN terlibat dalam penugasan Covid-19.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya