Warga emas ambil vaksin sebab nak jumpa anak di KL

Warga emas ambil vaksin sebab nak jumpa anak di KL

TENGKU Zohoriah Zainudin sudah menerima suntikan vaksin di Dewan Muafakat Johor Adda Heights di Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Warga emas yang menerima suntikan vaksin imunisasi Covid-19 mengakui ianya merupakan satu keperluan untuk mereka terus kekal sihat dalam melawan wabak berkenaan.

Menurut mereka, keyakinan terhadap suntikan vaksinasi itu turut disumbang oleh vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang digunakan kerajaan.

Seorang penerima suntikan, Tengku Zohoriah Zainudin, 90, memberitahu, suntikan berkenaan akan memudahkan pergerakannya di kemudian hari.

“Saya setuju mengambil suntikan ini kerana ada seorang anak lelaki yang menetap di Kuala Lumpur dan suntikan ini mungkin menjadi keperluan untuk merentas negeri.

“Pada awalnya rasa cemas sehingga menyebabkan darah tinggi, namun setelah berehat sebentar baharu boleh menerima suntikan itu.

“Tiada apa yang perlu ditakutkan kerana tidak rasa sakit pun, sekarang pun saya masih rasa sihat,” ujarnya yang menetap di Taman Daya, di sini.

Seorang lagi penerima suntikan, Liew Siew Keng, 90, berkata, anak-anaknya bersetuju dia menerima suntikan itu setelah mendengar vaksin terbabit digunakan.

“Saya tidak rasa takut, semuanya okay dan cuma rasa seperti kena gigit semut sahaja.

“Malahan jururawat yang memberikan suntikan juga melakukannya dengan berhemah, jadi bagi saya, memang kena ambil vaksin untuk kekal sihat,” katanya yang ditemani anak lelakinya, Simon Liew, 60.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Muafakat Johor Adda Heights, di sini hari ini.

Siew Keng merupakan antara 600,000 individu yang menerima suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Johor Fasa Kedua yang bermula hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN