Wanita simpan pelbagai jenis arak seludup di rumah dicekup

Wanita simpan arak seludup di rumah dicekup

SUSPEK ditahan bersama pelbagai jenama arak yang dipercayai diseludup dan disimpan di rumahnya di Taman Desa Jaya, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun kerana memiliki pelbagai jenama arak yang tidak bercukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernilai lebih RM87,000 dalam simpanannya.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, wanita itu ditahan pada pukul 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Lembah 44, Taman Desa Jaya, di sini.

“Antara yang dirampas termasuklah 70 karton arak jenis bir serta 645 botol arak jenis ‘liquor’ dengan nilai RM87,000 berserta cukai.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Nissan Almera yang dipercayai digunakan dalam sindiket pengedaran arak seludup tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dimin, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM127,000 termasuk kenderaan terbabit.

“Tangkapan dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat dibawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Orang awam turut diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya