Video gaduh tular, polis kesan 4 remaja perempuan

Video gaduh tular, polis kesan 4 remaja perempuan

TANGKAP layar klip video yang tular sejak semalam memaparkan pergaduhan empat remaja perempuan dipercayai berlaku di Tanah Merah, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Polis sedang giat mengesan empat remaja perempuan dalam klip video yang tular sejak semalam memaparkan pergaduhan mereka sebelum dua daripadanya menolak dan menyepak berkali-kali seorang mangsa.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintenden Zainuddin Md. Yusuf ketika dihubungi berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat kita perolehi, dikatakan kes itu berlaku di daerah ini namun kita masih belum mengenal pasti mangsa dan juga pelaku.

“Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dengan mengesan empat remaja yang dipaparkan dalam klip video yang tular itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam video berdurasi 30 saat yang kini tular dalam media sosial, tiga remaja perempuan mengelilingi seorang mangsa dipercayai berumur sekitar belasan tahun.

Dua daripada mereka memaki dan menyepak mangsa berkali-kali namun mangsa tidak membalas dan hanya berdiam diri.

Kesemua remaja terbabit berbual dalam dialek Kelantan dengan video berkenaan dirakam dipercayai untuk mengugut kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya